PROGRAM PENANAMAN 500 POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN KUALA BERNAM SG APONG, SABAK BERNAM

PROGRAM PENANAMAN 500 POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN KUALA BERNAM SG APONG, SABAK BERNAM

07 September 2022
SG. AIR TAWAR, SABAK BERNAM
Satu Program Penanaman 500 pokok bakau telah diadakan oleh pihak KDEB Waste Management dengan kerjasama dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Jabatan Hutan Negeri Selangor. 

Ini merupakan satu program kelestarian alam dan tanggungjawab sosial dalam memastikan ekosistem alam semula jadi terpelihara disamping dapat mengurangkan proses hakisan terutama dalam mendepani perubahan iklim ketika ini. 

Program penanaman pokok bakau ini juga selaras dengan inisiatif kerajaan Negeri Selangor dan aspirasi negara dalam mensasarkan 100 juta pokok bakau ditanam bagi tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2021.

Turut serta di dalam program ini ialah  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri YBhg, Datuk Mohd Nizom Sairi, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEB Waste Management, Encik Ahmad Rizal Mohd Daud .

Seramai 60 orang sukarelawan dari KDEB Waste Management dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bersama-sama menjayakan program kelestarian ini. Pihak KDEB Waste Management telah menyumbangkan sejumlah 500 unit anak pokok bakau dan papan tanda dilarang membuang sampah di dalam program ini. 
Back