Tender 2018 kini dibuka.
Klik sini
untuk maklumat lanjut.
Search
Search for:
About Us
Managing Director Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team
Our Services
Permohonan Kutipan Sisa Binaan
Domestic Solid Waste Collection
Public Cleansing
Cleaning of Public Parks and Waste Collection at Industrial, Commercial and Institution (ICI)
Circular Economy and Recycling Initiatives
Our Assets
Lorries Compactors
Roll-on Roll-off/Armrolls
Road Sweeper
Centralized Command Centre (CCC)
The Centralized Command Centre
i-Clean Selangor Smart Application
Waste-to-Energy (WTE)
Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant
FAQ WtE
Waste Management in Selangor
The Proposed Project / NIMBY Issue
Waste to Energy technology
Related Media
Media Room
Articles
News
Media Clippings
Press Release
Events
Official Events
Sports & Recreation Events
Training Event
Sustainability and CSR Activities
Contact
Managing Director Statement
Home
About Us
Managing Director Statement
Managing Director Statement
PERUTUSAN TAHUN 2024 PENGARAH URUSAN
Assalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan inayahNya kerana kita diberikan kesempatan dan keupayaan untuk bersama-sama melangkah ke gerbang Tahun Baharu 2024. Selamat Tahun 2024 diucapkan kepada seluruh warga kerja KDEBWM. Semoga Tahun 2024 akan menambahkan lagi kejayaan buat KDEBWM, Negeri Selangor dan kita semua.
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pengurusan Kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Cawangan, seluruh warga kerja KDEBWM yang saya sayangi, serta semua subkontraktor yang telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang tahun 2023 bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lancar di seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Kepada Allah SWT saya panjatkan rasa syukur dan terima kasih kerana mempunyai pasukan kerja atau barisan warga kerja yang komited, berdedikasi dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan seharian.
Prestasi yang baik yang ditunjukkan di dalam tahun 2023, harus diteruskan dan ditingkatkan pada tahun 2024 dan tahun-tahun seterusnya. Mendepani tahun 2024 dengan semangat dan cita-cita untuk bersama membantu syarikat memacu kejayaan lebih besar adalah tekad dan komitment yang perlu ada pada seluruh warga kerja. Saya percaya bahawa KDEBWM akan terus unggul sebagai Syarikat peneraju bagi industri sisa pepejal bukan sahaja di Negeri Selangor dan Malaysia, bahkan di Rantau Asia Pasifik. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan kesungguhan tekad, disiplin yang tinggi, etika kerja positif, rajin berusaha, proaktif, berdaya saing, serta kerjasama yang berterusan diantara satu sama lain sebagai satu pasukan yang kukuh.
Akhir kata, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua warga kerja yang saya sayangi agar kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini dengan rasa yang lebih proaktif dan tulus di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pemegang taruh “Seluruh Rakyat Negeri Selangor” bagi tahun 2024 ini.
“Together We Keep Selangor Clean”
DATO’ HAJI RAMLI BIN MOHD TAHIR
(D.S.I.S), (Selangor)
Pengarah Urusan
Managing Director Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team