PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI NEGERI SELANGOR

PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI NEGERI SELANGOR

23 December 2021
SELANGOR
LAPORAN HARIAN PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI NEGERI SELANGOR
 
Setakat 9.00 malam ini, sebanyak 2,376 tan metrik sampah pasca banjir telah dikutip oleh KDEBWM menggunakan sebanyak 494 lori RORO dengan kekuatan seramai 1,300 krew pembersihan.
 
Turut dibersihkan di Hulu Langat, Meru, Padang Jawa, Kg Melayu Subang, Seksyen 23 Shah Alam, Alam Indah Seksyen 33A, Dengkil, Kg Bestari Jaya, Bandar Bukit Raja, Taman Klang Perdana, Rantau Panjang Klang, Kg Delek, Kg Sri Puchong serta beberapa kawasan lagi sepanjang hari ini.
 
Pelbagai barangan yang rosak akibat banjir dibuang oleh penduduk dan KDEBWM tetap komited dan berusaha membersihkan kawasan secepat mungkin bagi mengelak pencemaran bau.
 
#SelangorBangkit
#BanjirSelangor
#KDEBWaste
#TogetherWeKeepSelangorClean
 
Back