PELANCARAN BIN 3R UNTUK FABRIC

PELANCARAN BIN 3R UNTUK FABRIC

21 October 2022
LOBBY MENARA BANK RAKYAT SHAH ALAM

Dalam kerancakan perkembangan dunia fesyen yang turut mewarnai kehidupan, ramai terlepas pandang mengenai isu sisa fabrik yang dihasilkan.

Menyedari kepentingan kitar semula fabrik, KDEB Waste Management (KDEBWM) telah mengadakan majlis pra pelancaran Kloth Cares Bin untuk memupuk dan menggalakkan amalan mengitar semula fabrik terpakai bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2022.

KDEBWM bekerjasama dengan Kloth Cares telah menyediakan Kloth Cares Bin yang diletakkan di lobi Menara Bank Rakyat Shah Alam selama setahun bermula Oktober 2022.

Ia sekaligus mengurangkan sisa buangan berasaskan fabrik. Setiap pakaian yang diletakkan ke dalam tong tersebut akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan atau diolah semula menjadi produk baharu.

Inisiatif ini turut mendapat sambutan daripada anak-anak syarikat MBI Selangor yang lain.

KDEBWM berharap orang ramai akan dapat meneruskan amalan kitar semula fabrik bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap masalah-masalah alam sekitar.

Dalam masa sama, ia selaras dengan usaha kerajaan Negeri Selangor dan KDEBWM dalam mendukung Dasar Kebersihan Negara serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari & Pelaksana Projek KDEBWM, En Ahadi Haji Mohd Nasir; Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, Puan Hajah Mahfuzah Muhammad Tarmidi; Pengasas Bersama Kloth Cares, Puan Nik Suzila Hassan; Pengarah Eksekutif merangkap Pegawai Utama Seltrade, En Mohd Nizam Mohd Ishak dan Pengarang Kumpulan Media Selangor, En Fathi Aris Omar.

Back