KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA

KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA

08 July 2023
CYBERJAYA, SELANGOR
Kempen Kesedaran Kitar Semula Sempena Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berlangsung dengan penglibatan KDEB Waste Management. KDEB Waste Management disertai oleh tim dari Bahagian Pelaksana Projek diketuai En Ahadi Mohd Nasir yang telah memberikan taklimat kitar semula . Turut dibantu oleh  tim Korporat Komunikasi serta  tim operasi cawangan Sepang yang membuka reruai untuk mempromosikan aplikasi iClean Selangor, sosial media, inisiatif kitar semula KDEBWM, & membeli barangan kitar semula dari komuniti di Cyberjaya. Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran  Sepang, YBhg.  Dato’ Haji Abd. Hamid Bin Hussain, (D.S.I.S,A.I.S,P.P.T,P.P.C)  ke reruai kitar semula KDEBWM. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan orang awam yang mengunjungi reruai kami.
Back