IFTAR ALA MADINAH KDEBWM 2024

IFTAR ALA MADINAH KDEBWM 2024

14 March 2024
DATARAN KARANGKRAF, SEK 15, SHAH ALAM SELANGOR

KDEBWM jamu 1,500 orang ramai pada program Iftar Ala Madinah di Karangkraf

KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbang sumbangan berbentuk pakej makanan bagi meraikan lebih 1,500 orang ramai yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Khamis.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif kebajikan syarikat berkenaan bersempena mengambil keberkatan bulan Ramadan.

Menurutnya lagi, pada kesempatan majlis itu, pihaknya turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 orang anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Hadir pada program berkenaan ialah Y.B Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Tuan Dr Mohamad Fahmi Ngah; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Projek, Iftar Ala Madinah@Karangkraf Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud dan Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM Mahfuzah Muhamad Tarmidi.

SDG- #1
SDG-# 2
SDG-# 17
Back