IBADAH QURBAN 2021

IBADAH QURBAN 2021

22 July 2021
RUMAH ANAK YATIM AL MUNIRAH JOHAN SETIA KLANG
Pengarah Urusan KDEBWM, Tuan Haji Ramli Mohd Tahir hadir menyerahkan Sumbangan Daging Qurban KDEBWM kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Jalan Johan Setia Klang.
Sumbangan diserahkan kepada En Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sebanyak 376 kg daging lembu dan kambing telah diedarkan kepada 17 buah Rumah-Rumah Anak Yatim di bawah YIDE di seluruh Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pada tahun ini KDEBWM telah menyumbangkan 50 ekor lembu kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi program ibadah qurban tahun 2021.
Sumbangan daging qurban ini diharap memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim dalam meraikan Aidil Adha.
Terima kasih kepada pegawai-pegawai YIDE yang hadir menyelaras dan terima kasih juga kepada para pegawai KDEBWM dari cawangan-cawangan operasi yang telah membantu menjayakan agihan daging korban ini kepada 17 buah rumah-rumah anak yatim YIDE ini di Sabak Bernam, Selayang, Gombak, Kajang, Subang Jaya, Sungai Buloh, Kuala Langat Dan Klang.
Back