HARI BERTEMU PELANGGAN - KDEBWM & MPKS

HARI BERTEMU PELANGGAN - KDEBWM & MPKS

05 August 2023
KUALA SELANGOR
Sekitar Program Hari  Bersama  Pelanggan anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), pihak Operasi KDEBWM Cawangan Kuala Selangor telah membuka dua reruai/booth di dua lokasi berbeza iaitu di Pasaraya Lotus Kuala Selangor dan Pasaraya Lotus Bandar Puncak Alam Kuala Selangor. 

Pada hari tersebut para orang ramai yang melawat reruai KDEBWM berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan skop operasi , pengguna aplikasi iClean Selangor dan menerima aduan.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan cenderahati KDEBWM apabila memuatturun aplikasi IClean Selangor dan mengikuti platform rasmi media sosial KDEBWM di FB, IG, Twitter, website, dan LinkedIn. 

Terima kasih kepada para pengunjung, petugas yang terlibat dan juga pihak MPKS yang memberi peluang KDEBWM turut serta dalam program ini. 
Back