MAJLIS TAKLIMAT TEKNIKAL DAN PENYERAHAN KUNCI KOMPAKTOR KEPADA SUBKONTRAKTOR KLANG

MAJLIS TAKLIMAT TEKNIKAL DAN PENYERAHAN KUNCI KOMPAKTOR KEPADA SUBKONTRAKTOR KLANG

29 September 2023
MERU, KLANG SELANGOR
Majlis Taklimat Teknikal dan Penyerahan Kunci Kompaktor kepada 75 syarikat subkontraktor bagi skop kutipan sisa domestik di bawah Majlis Pentadbiran Klang telahpun berlangsung di Depoh KDEBWM di Jalan Korporat , Meru Klang Selangor.  Taklimat Teknikal disampaikan oleh wakil syarikat pembekal dari FUSO dan ISUZU kepada semua para subkontraktor . Taklimat teknikal memfokuskan kepada maklumat-maklumat teknikal yang penting dalam menggunapakai kenderaan kompaktor dari jenis FUSO dan ISUZU. 

Selain majlis Taklimat Teknikal, sesi Penyerahan kunci  kompaktor juga diadakan kepada para subkontraktor. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, Encik Mohd Idris Mohamed Yusod, Pengurus Besar Operasi, En Ahadi Mohd Nasir, Pengurus Besar Pelaksana Projek, Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat , Encik Mohd Faizal Tuah, Ketua Jabatan Teknikal & Peralatan, Encik Mohamad Fauzi Ibrahim, Ketua Operasi KDEBWM Klang, serta para pegawai-pegawai operasi Klang.
Back