Tender 2018 kini dibuka.
Klik sini
untuk maklumat lanjut.
Search
Search for:
About Us
Managing Director's Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team
Our Services
Permohonan Kutipan Sisa Binaan
Domestic Solid Waste Collection
Public Cleansing
Cleaning of Public Parks and Waste Collection at Industrial, Commercial and Institution (ICI)
Circular Economy and Recycling Initiatives
Our Assets
Lorries Compactors
Roll-on Roll-off/Armrolls
Road Sweeper
Centralized Command Centre (CCC)
The Centralized Command Centre
i-Clean Selangor Smart Application
Waste-to-Energy (WTE)
Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant
FAQ WtE
Waste Management in Selangor
The Proposed Project / NIMBY Issue
Waste to Energy technology
Related Media
Media Room
Articles
News
Media Clippings
Press Release
Events
Official Events
Sports & Recreation Events
Training Event
Sustainability and CSR Activities
Contact
Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal - Amirudin
Home
Media Room
Articles
Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal - Amirudin
Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal - Amirudin
15 March 2024
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor akan menghantar surat hasrat (LoI) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam tempoh segera berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Amirudin (foto) semasa sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara iMotorbike World Sdn Bhd dengan INPEN (Selangor) Sdn Bhd di iMotorbike Glenmarie Showroom Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan mengenai perkara itu telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu lepas, antara lain untuk membolehkan rundingan dan perbincangan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KPKT dapat dilaksanakan.
"Kita akan hantar surat itu hari ini atau selewatnya pada Isnin. LoI ini akan diikuti dengan rundingan dan perbincangan berkaitan kerana perjanjian pelaksanaan antara Persekutuan dan negeri perlu dilakukan.
"Banyak yang perlu diserahkan kerana pelaksanaan ini juga melibatkan sebahagian kuasa di bawah PBT, sebab itu perjanjian tidak hanya antara kerajaan negeri dan KPKT tetapi juga membabitkan KPKT dan PBT," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan syarikat jualan motosikal iMotorbike di sini hari ini.
Amirudin berkata semua urusan itu perlu diselesaikan segera kerana kerajaan negeri menyasarkan pelaksanaan akta itu dapat direalisasikan tahun ini mengikut peruntukan kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini Menteri KPKT Nga Kor Ming dilaporkan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan kerajaan negeri Selangor berhubung pelaksanaan Akta 672 di negeri itu bagi membolehkan kementerian mengambil langkah seterusnya, termasuk melakukan rundingan secara terperinci.
Setakat ini tujuh negeri telah menggunakan akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Akta itu untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap serta merancakkan ekonomi kitaran.
-- BERNAMA
Back