Sampah domestik Selangor meningkat 25 peratus sepanjang Ramadan

Sampah domestik Selangor meningkat 25 peratus sepanjang Ramadan

22 April 2022
 

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Jumlah sampah domestik terutama sisa makanan di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 25 peratus sepanjang Ramadan kali ini.

Statistik itu direkodkan KDEB Waste Management (KDEBWM) menerusi hasil kutipan harian yang dijalankan sehingga semalam.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd. Tahir berkata, peningkatan itu berlaku selepas kerajaan memberi kelonggaran operasi Bazar Ramadan dan kedai makan.

Katanya, kutipan sampah domestik secara puratanya dianggarkan 6,000 hingga 8,000 tan sehari pada bulan biasa.

“Namun, hasil pemerhatian kita bulan ini mendapati jumlah itu meningkat sehingga 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

kosmo-28apr22-1.jpeg

Ramli (berdiri) beramah mesra dengan para pengamal media pada majlis itu malam tadi.

 

“Sebahagian besar sampah itu juga merupakan sisa makanan yang dibuang orang awam termasuk peniaga,” katanya pada majlis Iftar KDEBWM Bersama Media di sini, semalam.

Jelas Ramli, orang ramai dinasihatkan mengelak pembaziran dengan tidak sewenang-wenangnya membuang makanan ketika Ramadan ini. – KOSMO!ONLINE

Back