Kutipan sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina

Kutipan sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina

23 January 2024
 

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres selama 13 hari bermula 29 Januari ini.

MBSJ dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sehingga 9 Februari depan sempena Tahun Baharu Cina.

MBSJ tawar perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma selama 13 hari bermula 29 Januari ini yang akan dilaksanakan oleh KDEBWM. Gambar hiasan
MBSJ tawar perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma selama 13 hari bermula 29 Januari ini yang akan dilaksanakan oleh KDEBWM. Gambar hiasan

Menurutnya, kutipan sampah pukal terebut hanya melibatkan tilam, perabot lama, dan seumpamanya.

"Ingin ditegaskan bahawa sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik serta barang kitar semula tidak termasuk dalam perkhidmatan kutipan sampah pukal ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Back