KDEBWM, dua agensi lain teruskan tradisi masak bubur lambuk, edar 1,400 pek

KDEBWM, dua agensi lain teruskan tradisi masak bubur lambuk, edar 1,400 pek

21 March 2024
 

SHAH ALAM, 21 MAC: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad meneruskan tradisi memasak bubur lambuk sempena Ramadan.

Pengarah urusan KDEBWM berkata gotong-royong membabitkan 100 kakitangan dari ketiga-tiga agensi sejak 9 pagi tadi menghasil 1,400 pek bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai mulai 4 petang ini.

 

KDEBWM-DuaAgensi-poster-1.jpg
Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir (dua, kiri) bersama Pengarah LHDNM Selangor Jafni Hashim (dua, kanan) mengacau bubur lambuk menerusi program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di pekarangan Plaza Perangsang pada 21 Mac 2024. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI


“Kita akan edar kepada kakitangan agensi terlibat termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri yang berada sekitar sini dan orang awam yang melalui pekarangan Plaza Perangsang.


“Tujuan kita meneruskan tradisi ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan semua selain kita juga digalakkan bersedekah terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di pekarangan Plaza Perangsang di sini, hari ini.
 

KDEBWM-DuaAgensi-img1.jpg
Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir (kiri) bersama Pengarah LHDNM Selangor Jafni Hashim (kanan) membantu meletak beras bagi memasak bubur lambuk menerusi program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di pekarangan Plaza Perangsang pada 21 Mac 2024. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
 

 

Sebelum ini, syarikat pengurusan sisa pepejal negeri berkenaan turut menyumbang pakej makanan kepada 1,500 orang yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada 14 Mac lalu.


Program kebajikan itu termasuk serahan duit raya kepada 100 orang anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Yayasan Islam Darul Ehsan.

Back