Kedua-dua gol KDEB FC dijaringkan Muhammad Adli Zulgafli di minit ke-17 dan Muhammad Ridzuan Azly Hussam minit ke-27.
Acara menyampaian hadiah dan trofi kemenangan disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli.
Hadir sama Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Selangor Mohamad Zahri Samingon dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marguji.
Terdahulu, pasukan Bloodbrothers FC menewaskan RPBC FC 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 2-2 dalam penentuan kedudukan tempat ketiga dan keempat.
Selaku juara, KDEB FC membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi manakala Kg Jawa Brothers (RM1,500 dan pingat), Bloodbrothers FC (RM750 dan pingat) dan RPBC FC (pingat).