PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERSATUAN FLAT PANDAMARAN KLANG

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERSATUAN FLAT PANDAMARAN KLANG

22 October 2023
FLAT PENDAMARAN KLANG
Program Gotong Royong anjuran Flat Pendmaaran Klang telah diadakan pada 22 Oktober 2023 dengan penglibatan pelbagai pihak Majlis Perbandaran Klang, KDEB Waste Management, COB, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, dan Persatuan Penduduk Flat Pendamaran. 

Pihak Operasi KDEB Waste Management telah menyediakan empat (4) orang krew pembersihan dan satu (1) unit tong roro bagi membantu pembersihan sepanjang program gotong royong dijalankan. Turut serta di dalam program ini adalah kehadiran YB Tuan Tony Leong dan Ahli Majlis Puan Sharon. 

Program telah berjalan dengan lancar dan pihak kontraktor pembersihan dan bersama Penyelia KDEBWM telah memberikan komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. 
Back