PENDAFTARAN DAN JUALAN UNTUK TENDER TERBUKA BAGI KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN AWAM DI KESELURUHAN KAWASAN DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) AKAN
DIBUKA PADA 6 NOVEMBER 2024, BERMULA JAM 9.00 PAGI.
Selari dengan pelaksanaan e-Invois di bawah Seksyen 82C Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) sepertimana yang diwajibkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semua pembida mestilah
memasukkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) yang sah di dalam transaksi pembelian borang tender. Kegagalan pembida memasukkan Nombor TIN
milik entiti perniagaan yang sah akan menyebabkan tender anda tidak berjaya.
Kaedah Pembelian Dokumen Tender : FPX atau Kad Kredit
Kaedah Penghantaran Dokumen Tender : Secara Atas Talian
Klik sini untuk terus ke Sistem Tender Atas Talian (STAT).