PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR B40 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR B40 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

09 February 2021
IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT , SHAH ALAM
Penyerahan Sumbangan 5 Buah Komputer Riba Kepada Pelajar B40 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Tuan Haji Ramli Mohd Tahir kepada Penolong Pendaftar Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Tuan Haji Razman Bin Ibrahim pada pagi ini.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta dapat membantu pelajar untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian dan memudahkan tugasan pembelajaran mereka.
Back