KEJOHANAN BOWLING KDEBWM TAHUN 2024

KEJOHANAN BOWLING KDEBWM TAHUN 2024

03 February 2024
SUNWAY PYRAMID MEGALANES, BANDAR SUNWAY
Kejohanan Bowling KDEBWM Tahun 2024 telah berlangsung pada 3 Februari 2024 dari jam 2.00 petang sehingga jam 5.00petang, bertempat di Sunway Pyramid Megalanes, Bandar Sunway Subang Jaya, Selangor. Kejohanan tersebut telah disertai oleh  wakil-wakil dari Ibu Pejabat, Pejabat-pejabat Opearsi Cawangan, dan anak-anak syarikat. 

YBhg. Dato' Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM telah hadir bagi merasmikan kejohanan, memberikan sokongan  dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir sama di Kejohanan tersebut adalah Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Encik Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Operasi, Encik Mohd Idris Mohamed Yusof, Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Encik Khairil Khalid, Pemangku Pengurus Besar KDEB ICI,  Ketua-ketua Operasi Cawangan dan warga kerja serta ahli keluarga. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada peserta yang kurang berjaya, cuba lagi pada kejohanan akan datang. 
Back