MAJLIS PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEBWM DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG

MAJLIS PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEBWM DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

28 February 2024
PUSAT KONVENSYEN MPAJ, TAMAN MELAWATI, HULU KLANG SELANGOR
KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2024 – KDEB Waste Management  hari ini telah melancarkan lori kompaktor baharu dan imej korporat baharu lanjutan daripada kontrak perkhidmatan KDEBWM yang sedia ada di MPAJ yang sebelum ini bermula pada 1 Mac 2017 dan akan berakhir pada 29 Februari 2024.
 
Perkhidmatan KDEB Waste Management di bawah kontrak baru di kawasan pentadbiran MPAJ akan bermula secara rasmi pada  Mac 2024 sehingga tahun 2031. Pada majlis hari ini menyaksikan pelancaran lori kompaktor dan imej baharu KDEBWM yang akan digunakan bagi kutipan sisa domestik di kawasan pentadbiran MPAJ.
 
Sejumlah 47 unit lori kompaktor yang akan digunakan di kawasan pentadbiran MPAJ bagi kutipan sisa domestik. Pelancaran lori kompaktor dan imej baharu ini adalah simbolik bagi permulaan kontrak baharu di kawasan MPAJ selain dari menyerlahkan identiti KDEB Waste Management  sebagai entiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang lebih segar, responsif dan efektif  bagi menguruskan sisa pepejal di negeri ini. 
 
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan dengan kehadiran Yang Berusaha Dr Ani Binti Ahmad  Yang DiPertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Yang Berbahagia Dato’ Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, serta Pengurusan Kanan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan KDEBWM.


#SDG17: PARTNERSHIP IN GOAL
#SDG11 : SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES
 
Back