MAJLIS PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEB WASTE MANAGEMENT

MAJLIS PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEB WASTE MANAGEMENT

23 September 2023
FOYER BANGUNAN SULTAN ABDUL AZIZ SHAH , SHAH ALAM , SELANGOR

KDEB Waste Management (KDEBWM) melancarkan lori kompaktor baharu yang akan digunakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Oktober depan. Pengarah Urusan KDEBWM, YBhg. Dato' Hj Ramli Mohd Tahir berkata, ia lanjutan KDEBWM memasuki kontrak baharu dengan MPK untuk tempoh tujuh tahun lagi bagi skop perkhidmatan kutipan sisa domestik. Menerusi kontrak baharu tersebut, operasi perkhidmatan akan menggunakan 75 lori kompaktor baharu dengan imej korporat baharu mengetengahkan warna merah kuning pada lori tersebut. Pada 2016, operasi KDEBWM bermula di kawasan pentadbiran MPK menggunakan lori kompaktor biru dan putih dengan kapasiti 16 tan.Lori baharu ini mampu menampung kapasiti berat dalam muatan (BDM) sehingga 18 tan.

Pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YBhg. Dato'  Seri Amirudin Shari dan  turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbanadran Klang (MPK) YBrs. TPr. Puan Hajah Noraini Roslan. 

Terima kasih kepada semua hadirin. 

Back