MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEBWM DI K

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN PELANCARAN KOMPAKTOR DAN IMEJ BAHARU KDEBWM DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

28 February 2024
MENARA MPS, SELAYANG SELANGOR
SELAYANG, 28 FEBRUARI 2024 – KDEB Waste Management  hari ini telah menandatangani Surat Setuju Terima (SST) untuk skop perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pukal di kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk tempoh tujuh (7) tahun lagi. SST yang ditandatangani ini merupakan lanjutan  daripada kontrak perkhidmatan KDEBWM yang sedia ada di MPS yang sebelum ini bermula pada 1 Mac 2017 dan akan berakhir pada 29 Februari 2024.
 
Menerusi SST yang ditandatangani hari ini, perkhidmatan KDEB Waste Management di bawah kontrak baru di kawasan pentadbiran MPS akan bermula secara rasmi pada  Mac 2024 sehingga tahun 2031. Pada majlis hari ini menyaksikan pelancaran lori kompaktor dan imej baharu KDEBWM yang akan digunakan bagi kutipan sisa domestik di kawasan pentadbiran MPS.
 
Sejumlah 46 unit lori kompaktor dan 20 unit lori armroll akan digunakan di kawasan pentadbiran MPS bagi kutipan sisa domestik dan sampah pukal. Pelancaran lori kompaktor dan imej baharu ini adalah simbolik bagi permulaan kontrak baharu di kawasan MPS selain dari menyerlahkan identiti KDEB Waste Management  sebagai entiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang lebih segar, responsif dan efektif  bagi menguruskan sisa pepejal di negeri ini. 
 
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yazid Sairi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang, Yang Berbahagia Dato’ Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, serta Pengurusan Kanan Majlis Perbandaran Selayang dan KDEBWM.


#SDG17 : PARTNERSHIP FOR THE GOALS
#SDG11 : SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES 
 
Back