KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA DELEGASI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA KE IBU PEJABAT KDEBWM

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA DELEGASI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA KE IBU PEJABAT KDEBWM

07 August 2023
IBU PEJABAT KDEBWM , SHAH ALAM
Pada 7 Ogos 2023, pihak Ibu Pejabat KDEBWM telah menerima kunjungan hormat dan lawatan delegasi dari Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamad Adil bersama empat (4) orang Pegawai. Kunjungan hormat dan lawatan kerja tersebut bagi memperkenalkan IKIM dan peranannya kepada KDEBWM yang boleh membentuk kolaborasi  kerjasama dua hala  pelbagai bentuk dalam sektor pengurusan sisa pepejal. Menurut Ketua Pengarah IKIM, pihaknya sedia membantu pihak KDEBWM dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan dan peranan pengurusan sisa pepejal di negara ini. 

Pengarah Urusan KDEBWM YBhg. Dato' Ramli Mohd Tahir diiringi oleh Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan para pegawai Jabatan Media & Perhubungan Awam menyambut delegasi IKIM dan berbincang keperluan kerjasama dua hala antara dua agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Terima kasih kepada Ketua Pengarah IKIM di atas kunjungan hormat dan lawatan kerja ini.
Back