MAJLIS PENYERAHAN BUKU LAPORAN KAJIAN PERKHIDMATAN KDEBWM DI KLANG OLEH UITM GREEN CENTRE

MAJLIS PENYERAHAN BUKU LAPORAN KAJIAN PERKHIDMATAN KDEBWM DI KLANG OLEH UITM GREEN CENTRE

08 August 2023
WESTSIDE COFFEE HOUSE, LAMAN PKNS
Telah  berlangsung Majlis Penyerahan Buku Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan KDEBWM untuk Skop Kutipan Domestik Dan Pembersihan Awam Di Enam  Zon Di Daerah Klang. 


Kajian dilaksanakan oleh UiTM Green  Centre (UGC) dipimpin oleh YBhg Prof Madya Datin Dr Anis Asmat  dan dibantu oleh pakar penyelidik dari pelbagai bidang da  fakulti. Pakar penyelidik lain yang terlibat adalah Dr Ivoni, Dr Mariam Jamilah, Dr Faezah, Dr Norshimi, Puan Intan, dan RA Cik AinShafikah. 

Manakala pihak KDEBWM yang terlibat secara langsung menjayakan kajian ini adalah   En Mohd Idris Mohd Yusof , Pengurus Besar Operasi, En Zulhazmi Musa, Pengurus Kanan Operasi, En Mohamad Fauzi Ibrahim, Ketua Operasi Cawangan Klang , Puan Norliana ALwi, Penolong Pengurus Operasi, Sdra Mohd Khairi Alias Eksekutif Operasi , Sdra Nazer Mohamed , Eksekutif Operasi Klang,

Kajian ini diselaras dan dikoodinasi oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam KDEBWM yang  bertindak sebagai Jabatan yang mengkoordinasi kolaborasi kajian ini diantara KDEBWM dan UGC. 
Pada Majlis sederhana dan ringkas ini  YBhg Dato' Hj Ramli Mohd Tahir selaku Pangarah Urusan, menerima secara rasmi buku laporan kajian ini. 

Untuk makluman kajian ini telah pun dijadikan jurnal rujukan akademik dan telah didaftar ISBN yang boleh diakses di Perpustakaan Negara dan perpustakaan UiTM .
Back