Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights

Lebih 500 tan sampah pukal dikeluar KDEBWM dari Putra Heights

13 April 2025
 

SUBANG JAYA, 13 APRIL: Lebih 500 tan sampah pukal dikeluarkan KDEB Waste Management (KDEBWM) di lokaliti perumahan terjejas kejadian letupan saluran gas di Putra Heights sejak minggu lalu.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata untuk hari pertama operasi pembersihan mega sahaja lebih 120 tan sampah pukal termasuk perabot terjejas akibat insiden berkenaan.

 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img1.jpg
Sukarelawan KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025


“Kita tempatkan tong Roll On Roll Off (roro) di setiap lorong bagi memudahkan pemilik membuang sampah pukal antaranya perabot, televisyen rosak dan lain-lain.

 

“Untuk sampah pukal secara keseluruhannya lebih 500 tan tidak termasuk tanah, batu dan pokok mati sejak dibenarkan masuk ke lokaliti itu bermula 4 April lalu.
 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img2.jpg
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media di Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025

 

“Bagi kenderaan pula, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan membawa keluar selepas selesai pemeriksaan termasuk insurans,” katanya hari ini.


Ditemui di lokasi kejadian di Taman Putra Harmoni, beliau memaklumkan 170 pekerja dan krew KDEBWM ditugaskan sepanjang dua hari Ops Mega Pembersihan bermula semalam.


Ops Mega Pembersihan disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, tentera, bomba selain KDEBWM dan Sukarelawan Selangor (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).


Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi sukarelawan berkenaan yang bergerak dari MBSJ menuju ke lokasi.


Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi 1 April lalu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img3.jpg
Sukarelawan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memotong pokok di Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025.

 

Sementara itu, Ramli memaklumkan pihaknya turut menempatkan tong roro di lokasi banjir sekitar Shah Alam.


“Banjir kilat semalam akibat hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Oleh itu, kita tempatkan tong roro di kawasn terjejas memudahkan orang ramai membuang sampah pukal.


“Kita tidak mahu perabot rosak dibiarkan lama di luar bagi mengelak kotor dan dipenuhi semak,” ujarnya.
 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img4.jpg
Sukarelawan membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025.

 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img5.jpg
Sukarelawan Selangor (Serve) membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025.

 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img6.jpg
Sukarelawan membersihkan kawasan sekitar Putra Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025.

 

KDEBWM_Lebih_500_tan_sampah_pukal_img7.jpg
Taman permainan cair akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 13 April 2025.

 

Back