KDEBWM Tumpu Usaha Kurang Guna Tapak Pelupusan Dan Galak Kitar Semula

KDEBWM Tumpu Usaha Kurang Guna Tapak Pelupusan Dan Galak Kitar Semula

05 January 2025
 

SHAH ALAM, 5 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) berhasrat memperkukuh lagi perkhidmatan mereka dalam sektor ekonomi kitaran tahun ini.

Pengarah urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata penumpuan bukan hanya dapat menghasilkan sumber baharu namun mampu mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah di samping menggalakkan kitar semula.

 

KDEBWM_galak_kitar_semula_2025-1.jpg
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan pelancaran lori kompaktor dan imej korporat baharu KDEBWM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 September 2023.


“Perancangan ini bukan sahaja mampu menangani masalah sisa sebaliknya membuka peluang kerja baharu berasaskan pemulihan sumber dan penjanaan tenaga yang memberi nilai ekonomi negeri.

 

KDEBWM_galak_kitar_semula_2025_img1.jpg
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan Madani Misi #KitaSelangor Penyayang Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan di Dataran SUK, Shah Alam pada 16 Disember 2024.
 

 

“Pendekatan ini turut memberi manfaat kepada alam sekitar sekali gus membina masa depan lestari untuk generasi akan datang,” katanya kepada Media Selangor.


Dalam masa sama, beliau berkata KDEBWM juga akan terus menambah baik mutu perkhidmatan selaras dengan keperluan semua pihak.


Pada Oktober 2023, Dato’ Menteri Besar menyempurnakan pecah tanah tapak loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram, Kuala Selangor yang bakal menjadi loji pelupusan terbesar negara.


Dato’ Menter Besar berkata binaan atas tanah seluas 30 ekar yang dijangka beroperasi 2026 mampu memproses 3,000 tan sampah pepejal sehari sekali gus membantu pemuliharaan alam sekitar serta merangsang peluang ekonomi lebih tinggi.

Back