Articles

KDEBWM sedia 600 tong Roro, mudahkan mangsa bah urus sampah

SHAH ALAM, 3 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan 600 tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bagi mengangkut sampah pukal di kawasan yang terjejas banjir.

Pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata bantuan pascabah itu memudahkan penduduk terjejas membuang perabot rosak.
 

KDEBWM_sedia_600_tong_roro_cover.jpg
Ketua Operasi KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Shah Alam Mohd Rizal Karim memberi penerangan berkaitan lori Roro kepada pelajar UiTM ketika program Greening The Globe di sini anjuran KDEBWM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah sekolah di Seksyen 18, Shah Alam pada 5 Jun 2024.

 

KDEBWM_sedia_600_tong_roro_img1.jpg
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023.

 

“Semua aset sudah sedia digunakan. Minggu lalu beberapa kawasan di Meru banjir dan kita sudah gerakkan Roro di sana supaya penduduk boleh membuang barangan rosak.


“Dalam masa sama, aset lain seperti lori kompaktor juga dalam keadaan baik untuk pastikan urusan pembersihan berjalan lancar,” kata Dato’ Ramli Tahir ketika di hubungi.


Beliau berkata cuti semua kakitangan pembersihan juga dibekukan ketika ini memandangkan fenomenaa air pasang dijangka berlaku pada hujung minggu ini.


“Dalam masa sama kita pastikn kerja menyelenggara dan kutipan sampah di semua kawasan mengikut jadual,” katanya.
 

KDEBWM_sedia_600_tong_roro_img2.jpg
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru diiringi wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid pada 29 November 2024.

 

Minggu lalu, beberapa kawasan di Klang termasuk Meru dinaiki air berpunca daripada faktor hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.


Berikutan itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru penduduk di kawasan berisiko sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah berikutan air pasang besar dijangka berlaku sekali lagi.