SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluncurkan dua naskah buku terbitan agensi berkaitan negeri sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) hari ini.
Sementara itu, pengarah urusan KDEBW berkata komik sulung itu merupakan inisiatif pihaknya dalam mendidik kanak-kanak dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Jelas Dato’ Ramli Tahir, sebanyak 3,000 naskah dicetak dan bakal diagihkan kepada sekolah rendah serta agensi Kerajaan Negeri dalam masa terdekat
“Komik ini berkonsep santai dan sesuai untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. Ia mendidik kanak-kanak menjaga kebersihan termasuk cara membuang sampah.
“Kita mahu mereka faham kesan daripada sikap menjaga alam sekitar. Gambar dan kandungan juga sesuai untuk mereka,” katanya memberitahu komik berkenaan dihasilkan dalam tempoh dua bulan.