Articles

FFC-TMTG: PM hadiahkan telefon pintar untuk 9 aktivis Malaysia

KDEBWM_pm_hadiah-1.jpg
 

Oleh: Hilmi Abdul Malik, Deerina Sheikh Faisal


SEPANG: Kesemua sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi pelayaran Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) menerima pemberian hadiah berupa telefon pintar sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Pemberian khas itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.


“Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini, mereka akan dihadiahkan telefon bimbit setelah telefon mereka dicampak ke dalam laut oleh tentera Israel.


“Jadi hari ini beliau (Perdana Menteri) tunaikan janji untuk berikan telefon bimbit kepada semua sembilan rakyat Malaysia,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.


Hadiah sumbangan Datuk Seri Anwar itu disampaikan terus kepada kesemua wira dan wirawati negara sewaktu sesi sidang media berkenaan.
 

Selain telefon pintar, kesemua mereka berdepan beberapa tindakan kekerasan seperti ditumbuk, diculik, selain barangan peribadi mereka dibuang.


Ini termasuk bendera Malaysia yang turut dibuang ke dalam tong sampah di hadapan kesemua sembilan peserta misi.

Source:  Buletintv3