Training Event

TAKLIMAT PEMAKAIAN AKTA 672 DI SEPANG DAN KAJANG

KDEBWM CAWANGAN SELAYANG & KDEBWM CAWANGAN HULU SELANGOR
Penolong Pengurus Besar Operasi KDEBWM, Encik Nazar Abdul Raof, bersama Eksekutif Kanan CCC & Perkhidmatan IT, Encik Aisar Sukran telah memberikan penerangan yang lebih jelas kepada seluruh warga kerja KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Selayang & KDEBWM cawangan Hulu Selangor mengenai Akta 672 dan Aplikasi Pintar iClean Selangor. 🌿

Akta 672 bertujuan untuk menyelaraskan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, memastikan sistem yang lebih teratur, cekap, dan mampan.

Dengan penguatkuasaan akta ini, KDEBWM dapat mempertingkatkan keberkesanan operasi, memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, dan menyumbang kepada kebersihan yang lebih baik di Negeri Selangor. 🤝

#KDEBWM