Training Event

TAKLIMAT PEMAKAIAN AKTA 672 DI CAWANGAN KAJANG DAN SEPANG

KDEBWM CAWANGAN KAJANG & KDEBWM CAWANGAN SEPANG
15 Januari 2025 - Penerangan Akta 672 oleh Encik Nazar Abdul Raof, Penolong Pengurus Besar Operasi KDEB Waste Management (KDEBWM), kepada seluruh warga kerja di KDEBWM cawangan Kajang & KDEBWM cawangan Sepang! 🌿

Akta 672 bertujuan untuk memastikan keseragaman dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Melalui akta ini, KDEBWM dapat memperkukuhkan lagi operasi pengurusan sisa dengan lebih efisien dan sistematik, sekaligus memberi impak positif kepada kebersihan dan kesejahteraan Negeri Selangor. 🤝

Semoga seluruh warga kerja KDEBWM terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk komuniti!

#KDEBWasteManagement
#KitaSelangor