PERKONGSIAN ILMU BERSAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

28 February 2021
IBU PEJABAT KDEBWM , SHAH ALAM
Sesi perkongsian FB Live pada pagi tadi yang bertajuk "Clean Campus Green Campus“ yang telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni bersama alumni UUM dari KDEBWM iaitu Tuan Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, Encik Mohd Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEBWM dan Ketua Operasi KDEBWM Cawangan Subang Jaya, Encik Khairil Khalid.
Para Panelis yang merupakan bekas graduan Dan sekaligus Ahli Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM)berkongsi pengalaman mengurus dan mengendali sisa pepejal di seluruh Negeri Selangor.
Tuan Haji Ramli selaku Pengarah Urusan KDEB Waste Management berkongsi pengalaman professional memimpin, mengurus dan mengemudi syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor- melalui Menteri Besar Pemerbadanan Selangor (MBI). Selaku Pengarah Urusan , pelbagai inisiatif dan strategi telah diketengahkan Dan dilaksanakan seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri.
Encik Idris selalu Pengurus Besar Operasi mengupas cabaran -cabaran di dalam operasi harian pengurusan sisa pepejal dan solusi-solusi yang telah dilakukan dalam memastikan Selangor sentiasa bersih dan harmoni.
Sebagai Ketua Operasi Cawangan Subang Jaya, Encik Khairil telah kongsikan pengalaman berhadapan dengan kehendak para penduduk terkait dengan isu-isu kutipan Sampah domestik, Sampah pukal, Sampah longgok, serta cabaran persepsi masyarakat tentang kesedaran pengasingan sampah juga kitar semula.
Semoga sesi perkongsian pagi tadi dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada semua pihak terutamanya mahasiswa UUM, para Pensyarah, Ahli akademia dan seluruh masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat serta menjayakan program pada hari ini.
Back