Sustainability and CSR Activities

WORLD CLEANUP DAY 2024- BUKIT TINGGI, KLANG

BUKIT TINGGI, KLANG
KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Klang telah bersama menyertai Hari Cuci Malaysia 2024: Program Pembersihan Seluruh Pangsapuri & Karnival Komuniti di Pangsapuri Bukit Tinggi 2, Klang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan. Turut hadir, YB Dr. Gunaraj R. George, ADUN Sentosa, dan En. Zaireezal Bin Ahmad Zainuddin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Turut serta dalam program ini adalah YBrs. Tuan Mohd Sha'walludin Bin Aziz, Timbalan Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, En. Ahmad Danish Hairudin, Ahli Majlis MBDK N48A, dan En. Rizuan Bin Mohamad Nor, Pengerusi KRT Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2.
Program ini juga mendapat penyertaan daripada pelbagai ketua jabatan MBDK, KDEBWM, wakil agensi kerajaan seperti EPF, SOCSO, JKM, dan Zakat Selangor, serta sukarelawan daripada badan bukan kerajaan dan institusi seperti Kolej Vokasional Klang dan Politeknik Banting.

Acara ini juga melibatkan program gotong-royong pembersihan kawasan Pangsapuri Bukit Tinggi 2 bersama penyertaan komuniti setempat, termasuk JMB/MC dan KRT Bukit Tinggi 2, serta rakan kongsi seperti Azira Property dan Bekind Malaysia.

Selain daripada program pembersihan, karnival komuniti turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pengurusan sisa dan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Matlamat program ini adalah bagi mewujudkan peningkatan kesedaran dan penyertaan aktif komuniti dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney