Sustainability and CSR Activities

WORLD CLEAN UP DAY 2024, SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN KUALA SELANGOR

KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR
KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Kuala Selangor telah dijemput untuk menyertai Program Cintailah Sungai Kita, Hari Rendah Karbon Dan "World Clean Up Day" 2024 yang bertempat di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor, pada Sabtu lalu.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohamed Hanafe Basri, Yang Dipertua Kuala Selangor dan turut dihadiri oleh Dato' Orang Besar Daerah, Barisan Pengarah Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Ahli Majlis MPKS, dan Encik Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEBWM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan sungai dengan menaiki sampan, penanaman pokok berembang, pelepasan anak ikan patin, berbasikal, memancing udang, dan pelbagai lagi aktivi yang memberi kesedaran akan pentingnya penjagaan sungai serta alam sekitar.

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney