Sustainability and CSR Activities

SKUAD PASCABAH KDEBWM DI KELANTAN

KELANTAN
17 Disember 2024 - Skuad pascabah KDEB Waste Management (KDEBWM) yang terdiri daripada 20 orang warga kerja KDEBWM telah selamat tiba di Negeri Kelantan bagi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan Madani: #KitaSelangor,

Misi dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat ringkas oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan penerangan mengenai agihan kawasan pembersihan serta tugasan. Taklimat ini diadakan bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar dan teratur.

Pasukan pascabah KDEBWM mula menjalankan misi pembersihan dengan menggunakan 5 unit lori Armroll (RORO) yang dibawa khas dari Selangor ke kawasan yang terjejas seperti Tumpat dan Kota Bharu. Semoga misi ini dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat misi iaitu pada 19 Disember 2024.