Sustainability and CSR Activities

PROGRAM HEALTHY PLANET HEALTHY YOU

KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini telah membuka Kaunter Kitar Semula BuyBack sempena Program Hari Kelestarian anjuran Media Selangor yang dikenali sebagai “Healthy Planet, Healthy You”.

Program ini merupakan hasil kolaborasi antara KDEBWM dan Media Selangor sebagai salah satu inisiatif ke arah memupuk kesedaran kelestarian (sustainability) dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kerja Media Selangor. Hasilnya, sebanyak 240 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpulkan.

Reduce, Reuse, Recycle.
Jom kita bersama-sama selamatkan bumi demi masa depan yang lebih lestari dan mampan!
#KDEBWM
#TogetherWeKeepSelangorClean