Sustainability and CSR Activities

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0

Taman Permainan Jalan AU2A, Taman Seri Keramat
KDEB Waste Management Cawangan Ampang Jaya telah menyertai Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 yang berlangsung dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah Gombak, persatuan penduduk serta pelbagai agensi berkaitan.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Lyu Chuan Way, Ketua Bahagian Vektor PKD Gombak. Turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Haji Abdul Aziz Abd Jalan, Ahli Majlis MPAJ JKP Zon 4, barisan Jawatankuasa Penduduk serta penduduk setempat.
Aktiviti pembersihan dan kutipan sisa bermula seawal jam 7.00 pagi dengan penglibatan 12 anggota pembersihan serta 6 unit lori Roll-On Roll-Off (RORO) bagi memastikan kawasan program berada dalam keadaan bersih dan kondusif.
Kerjasama erat antara agensi dan komuniti setempat amat penting dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk semua.
#KDEBWM
#PerangiAedes
#AmpangJaya
#KitaSelangor