Sustainability and CSR Activities

Program Bandar Selamat 2.0 Tahun 2026: Ke Arah Komuniti Mampan, Bandaraya Selamat

Dewan SMK Sri Serdang, Seri Kembangan
Program Bandar Selamat 2.0 Tahun 2026: Ke Arah Komuniti Mampan, Bandaraya Selamat
12 Ogos 2026 | Dewan SMK Sri Serdang, Seri Kembangan
KDEB Waste Management (KDEBWM) berbesar hati menerima jemputan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk membuka reruai sempena Program Bandar Selamat 2.0 Tahun 2026: Ke Arah Komuniti Mampan, Bandaraya Selamat.
Menerusi reruai KDEBWM, warga sekolah dan komuniti berpeluang mendapatkan informasi serta pendedahan berkaitan aplikasi pintar iClean Selangor, Program SELKitar dan saluran media sosial rasmi KDEBWM sebagai usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap pengurusan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. 🌱♻️
Program ini turut melibatkan penyertaan pelajar sekolah, komuniti serta wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar MBSJ, serta Encik Mohd Ridhuan bin Tahir, Ketua Cawangan Operasi KDEBWM Subang Jaya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Adzleen, Encik Roshidan, Encik Nasriq serta pasukan SS KDEBWM Subang Jaya atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan penyertaan KDEBWM berjalan lancar.
#KDEBWasteManagement
#BandarSelamat2026
#KomunitiMampan
#KelestarianAlamSekitar