Sustainability and CSR Activities

PENYERTAAN KDEBWM DI JELAJAH KITA DIGITAL 2024

SETIA CITY MALL, SETIA ALAM
KDEB Waste Management (KDEBWM) telah dijemput oleh SSDU Innovation untuk menjadi pempamer di Jelajah Kita Digital @ Setia Alam di Setia City Mall pada Sabtu & Ahad yang lalu.

Turut hadir, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi ke reruai KDEBWM.

Encik Aisar Sukran, Eksekutif Kanan CCC & Perkhidmatan IT KDEBWM juga dijemput sebagai penceramah bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang tujuan, kebaikan, dan cara-cara aplikasi pintar iClean Selangor ini berfungsi.

KDEBWM juga mengambil peluang ini bagi mempromosikan aplikasi pintar iClean Selangor di samping memperkenalkan servis-servis yang di jalankan syarikat kepada semua pengunjung.

Terima kasih kepada pengunjung yang hadir ke reruai kami!

Jangan lupa muat turun aplikasi pintar iClean Selangor di Google Play Store dan App Store bagi memudahkan anda menyalurkan aduan mengenai pengutipan sisa domestik, pukal, serta pembersihan awam! 🎉📲

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney