Sustainability and CSR Activities

PENYERTAAN KDEBWM DI HARI TANPA KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA - OGOS 2025

AEON EQUINE, SRI KEMBANGAN
Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya Siri 3/2025

KDEB Waste Management (KDEBWM) telah membuka reruai selama dua hari di Aeon Equine, Sri Kembangan sempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya Siri 3/2025 pada 9 & 10 Ogos 2025.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Putar & Menang, Permainan Kitar Semula, dan juga jualan buku Ramlee Superhero Selangor Bersih!

Terima kasih kepada YB Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi, ADN Seri Serdang, Ahli Majlis En. Khairil Basri Bin M. Arif, En. Muhammad Fauzan Bin Rosli, serta semua pengunjung yang hadir memberi sokongan!

Jangan lupa, pengasingan sampah perlu bermula dari rumah! Asingkan sampah kering dan basah ke dalam plastik yang berbeza.

Muat turun aplikasi iClean Selangor untuk membuat aduan berkaitan kutipan sampah di kawasan anda atau permohonan kutipan sampah pukal.
#KDEBWM
#KITASelangor