Sustainability and CSR Activities

PEMBERSIHAN SAMPAH HARAM DI SEPANG

TAMAN JENDERAM DAMAI, DENGKIL
Sepang, Isnin, 20 Januari 2025 – Pihak KDEB Waste Management (KDEBWM) Cawangan Sepang telah menjalankan operasi pembersihan sampah haram di Taman Jenderam Damai, Dengkil dalam usaha menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan setempat.

KDEBWM turut menyediakan 1 unit lori Armroll (RORO) untuk menyelesaikan aduan sampah haram yang diterima daripada Ahli Majlis Zon Jenderam. Majlis Perbandaran Sepang juga menyediakan 1 unit lori Armroll (RORO) dan 'JCB backhoe' bagi memudahkan urusan pengumpulan sisa-sisa di kawasan ini.

Terima kasih kepada seluruh warga kerja KDEBWM Cawangan Sepang atas dedikasi dan pemantauan yang cemerlang dalam memastikan kawasan di sekitar Sepang ini bersih. Semoga spot sampah haram tidak berlaku lagi, bersamalah kita menjaga kesejahteraan negeri Selangor.

#KDEBWM