PEMBERSIHAN LONGKANG DI KAWASAN INDUSTRI KOSMOPLEK BANDAR BARU SALAK TINGGI

PEMBERSIHAN LONGKANG DI KAWASAN INDUSTRI KOSMOPLEK BANDAR BARU SALAK TINGGI

23 March 2023
SALAK TINGGI, SEPANG
Kawasan Industri Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Pihak KDEBWM Sepang telah menerima bantuan jentera 'vacall/high pressure water jetter' dan lori arm roll (roro) milik dan dari pasukan Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) yang telah melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat di sekitar kawasan terbabit sekitar jam 9.00 pagi tadi.

Pihak subkontraktor telah menyediakan kru seramai 10 orang dan 2 trip lori Armroll.

Syukur alhamdulillah, longkang yang tersumbat telah mendapat beberapa peratus bukaan yang telah membantu pengaliran air yang lebih baik di kawasan terbabit. Dimaklumkan bahawa pihak KDEBWM Sepang akan membuat kerja-kerja longkang menggunakan jentera vacall & high pressure water jetter' milik KDEBWM pula selepas Hari Raya nanti untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin.
Back