PEMBERSIHAN BANJIR KILAT - TAMAN SERI PUTERI KLANG

PEMBERSIHAN BANJIR KILAT - TAMAN SERI PUTERI KLANG

13 November 2022
TAMAN SERI PUTERI KLANG

KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Klang hari ini telah bersama membantu membuat kutipan sampah banjir di sekitar Taman Sri Puteri, Klang.

Beberapa unit tong roro dan krew pembersihan juga disediakan bagi memudahkan proses pembersihan, pengumpulan, dan pengutipan sampah ini.

Operasi akan bersambung pada esok hari dan pihak KDEBWM juga akan turut membuat pemantauan di kawasan sekitar dari masa ke semasa.

KDEBWM sentiasa bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh dan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan ‘hotspot’ di Selangor.

Back