About Us
Managing Director's Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team
Our Services
Permohonan Kutipan Sisa Binaan
Domestic Solid Waste Collection
Public Cleansing
Cleaning of Public Parks and Waste Collection at Industrial, Commercial and Institution (ICI)
Circular Economy and Recycling Initiatives
Our Assets
Lorries Compactors
Roll-on Roll-off/Armrolls
Road Sweeper
Centralized Command Centre (CCC)
The Centralized Command Centre
i-Clean Selangor Smart Application
Waste-to-Energy (WTE)
Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant
FAQ WtE
Waste Management in Selangor
The Proposed Project / NIMBY Issue
Waste to Energy technology
Related Media
Media Room
Articles
News
Media Clippings
Press Release
Events
Official Events
Sports & Recreation Events
Training Event
Sustainability and CSR Activities
Contact
Search for:
Sustainability and CSR Activities
Home
Events
Sustainability and CSR Activities
Pekerja Pembersihan Disantuni Dalam Majlis Santunan Ramadan di Shah Alam.
Pekerja Pembersihan Disantuni Dalam Majlis Santunan Ramadan di Shah Alam.
12 Mar 2026
EVENTS
KDEB ICI Sdn. Bhd., Seksyen 16, Shah Alam
Shah Alam, 12 Mac 2026 – Golongan pekerja sektor pembersihan yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara akan diraikan dalam Majlis Santunan Ramadan Bersama Pekerja Sektor Pembersihan yang dianjurkan oleh Yayasan Amal ASAS dengan kerjasama KDEB Waste Management melalui anak syarikatnya KDEB ICI Sdn. Bhd.
Program yang turut mendapat sokongan ILTIZAM by Ekuinas ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para krew pembersihan serta pemandu lori yang saban hari bertugas memastikan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan bandar berada pada tahap terbaik, termasuk sepanjang bulan Ramadan.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management, YBhg. Dato’ Hj Ramli Mohd Tahir, berkata pekerja sektor pembersihan memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam memastikan persekitaran negeri Selangor sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk didiami.
“Krew pembersihan dan pemandu lori adalah wira yang sering tidak kelihatan, namun jasa mereka amat besar dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Program seperti ini adalah tanda penghargaan kepada mereka yang terus berkhidmat tanpa mengira masa dan keadaan,” katanya.
Menurut beliau, inisiatif santunan Ramadan ini juga selari dengan usaha berterusan KDEB Waste Management dalam memupuk budaya menghargai pekerja barisan hadapan di samping memperkukuhkan nilai kebersamaan dan keprihatinan sosial.
Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
Masa: 5.30 Petang – 8.00 Malam
Tempat: KDEB ICI Sdn. Bhd., Seksyen 16, Shah Alam
Program ini diharap dapat memberi penghargaan kepada para pekerja sektor pembersihan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan negeri Selangor sentiasa terpelihara.
Back