Sustainability and CSR Activities

OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR OPS 2 KG KUBU GAJAH

KG KUBU GAJAH, SHAH ALAM
Operasi Pembersihan Pasca Banjir (Ops 2) di kawasan Kg Kubu Gajah, Shah Alam telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada hari ini.

Sebanyak 9 unit RORO telah digerakkan melibatkan seramai 22 orang anggota operasi bagi menguruskan sisa-sisa banjir yang dikeluarkan oleh penduduk setempat.

Lokasi yang terlibat dalam operasi:
• PSA04 - Jalan Gajah 23
• PSA16 - Jalan Gajah 24
• PSA17 - Jalan Gajah 6 & 5
• PSA01 - Jalan Gajah 24
• PSA20 - Jalan Gajah 20 & 15
• PSA18 - Jalan Gajah 20
• PSA10 - Jalan Gajah 16 & 24
• PSA13 - Jalan Gajah 23
• PSA25 - Jalan Gajah 1 & 19

Pemantauan dan kesiapsiagaan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa, bagi memastikan semua sisa banjir dapat diselesaikan sepenuhnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota operasi, kontraktor, dan penduduk atas kerjasama yang diberikan.
#OpsPascaBanjir
#ZonUtaraShahAlam
#KgKubuGajah
#TanggungjawabBersama