OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI PADANG TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM

OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI PADANG TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM

11 April 2025
SRI MUDA, SHAH ALAM
Pada 11 April 2025, KDEB Waste Management (KDEBWM) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan Padang Taman Sri Muda, Shah Alam.

Operasi ini melibatkan seramai 10 orang krew pembersihan dan 4 buah lori Armroll (RORO) yang ditugaskan untuk mengangkut sisa pukal dan perabot yang rosak akibat banjir.

Selain itu, pihak KDEBWM juga sedang giat memantau keadaan di kawasan Padang Jawa, Shah Alam yang turut terjejas teruk susulan banjir yang melanda pada pagi tadi.

Tindakan susulan akan diambil berdasarkan tahap keperluan dan situasi semasa di lokasi sekitar.

#KDEBWM
#SelangorBersih
#PengurusanSisaPepejal
#PascaBanjir
#TanggungjawabSosial
#TamanSriMuda
#PadangJawa
#ShahAlam
Back