Sustainability and CSR Activities

OPERASI PEMBERSIHAN DI KAWASAN AMPANG JAYA

AMPANG JAYA
Pada 1 Disember 2024 - Operasi KDEBWM Ampang Jaya telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan sapuan harian yang melibatkan pekerja kontraktor dan dipantau oleh SS.

Kerja-kerja pembersihan ini merangkumi jalan-jalan utama, kawasan komersial serta taman-taman permainan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan penduduk setempat terjaga.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEB Waste Management (KDEBWM) yang komited dalam menyokong usaha-usaha kebersihan demi kesejahteraan komuniti.

#KDEBWasteManagement
#KitaSelangor