Sustainability and CSR Activities

KDEBWM SOKONG PERLAKSANAAN PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR 2026 DI SEPANG

SEPANG
KDEB Waste Management (KDEBWM) terus komited dalam memastikan tahap kebersihan yang terbaik sempena Program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) Tahun 2026 yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Daerah Sepang.
Antara lokasi yang terlibat dalam lawatan projek angkat GRS adalah Resort Bagan Lalang, Jeti Jelutong Indah, Kebun Bandar Cyberjaya dan Surau Serin Residency, Cyberjaya yang bakal menerima pelbagai inisiatif pembangunan serta penambahbaikan demi manfaat komuniti setempat.
Bagi memastikan kelancaran program, KDEBWM Cawangan Sepang telah bekerjasama rapat dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dalam penyelarasan tugas serta pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di kawasan lawatan. Usaha pembersihan turut dilaksanakan lebih awal sebelum program berlangsung bagi memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif.
Seramai 12 orang krew KDEBWM telah ditugaskan sepanjang program bagi membantu memastikan tahap kebersihan sentiasa berada pada tahap optimum.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan negeri Selangor.
#KDEBWM
#KitaSelangor
#GagasanRumpunSelangor
#Sepang