Sustainability and CSR Activities

IFTAR PELAJAR BERSAMA UiTM KAMPUS DENGKIL

UiTM KAMPUS DENGKIL
KDEB Waste Management (KDEBWM) berbesar hati menyantuni kira-kira 500 pelajar Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Dengkil melalui Program Iftar Ramadan 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KDEBWM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni golongan mahasiswa serta menyemai nilai empati, kebajikan dan kelestarian dalam kalangan generasi muda.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran:
1. YBhg. Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management.
2. YBhg. Professor Dr. Ahmad Taufik Abdul Rahman, Menjalankan Fungsi Rektor, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
3. YBrs. Ts. Dr. Zainoor Hailmee Solihin, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Kelestarian UiTM Kampus Dengkil.
4. YBrs. Tuan Zamri Rambli, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Karangkraf.
5. YBrs. Tuan Airol Fazley Limin, Ketua Jabatan Iklan, Kumpulan Karangkra
6. YBrs. Tuan Haji Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, KDEBWM.
7. YBrs. Tuan Mohd Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Kanan Operasi, KDEBWM.
8. YBrs. Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, KDEBWM.
Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Operasi serta warga kerja KDEBWM Cawangan Sepang, rakan-rakan media Sinar Harian, para pelajar Pusat Asasi UiTM dan pentadbir UiTM Cawangan Dengkil.
Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi juga platform memperkukuhkan hubungan antara industri, institusi pendidikan dan masyarakat dalam membina generasi masa depan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berintegriti serta berjiwa lestari.
#KDEBWM
#KITASelangorMajuBersama
#KeepingSelangorClean
#RamadanBerkongsi
#CSRTanggungjawabsosial
#Mahasiswaejenperubahan