Sustainability and CSR Activities

Hari Tanpa Kenderaan MPAJ

Laman Rekreasi Tasik Tambahan
KDEB Waste Management Cawangan Ampang Jaya telah bersama-sama menjayakan Program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ yang berlangsung di Laman Rekreasi Tasik Tambahan.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, YB Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet), Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Ts. Haji Hasrolnizam Shaari, Ahli-Ahli Majlis MPAJ, ketua-ketua komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO).
Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi dengan sesi senamrobik sebelum diteruskan dengan aktiviti plogging yang melibatkan komuniti dan penduduk setempat. Selain menyertai aktiviti plogging, KDEBWM turut bertanggungjawab memastikan tahap kebersihan sepanjang program berlangsung, bermula dari persediaan awal sehingga tamat program.
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran demi kesejahteraan bersama.
#KDEBWM
#HariTanpaKenderaanMPAJ
#AmpangJaya
#KitaSelangor