Sustainability and CSR Activities

HARI CUCI MALAYSIA 2025 – PERINGKAT PBT NEGERI SELANGOR, BERSEMPENA WORLD CLEAN UP DAY

📢 27 September 2025 | SELANGOR BERSIH, RAKYAT BERSATU!
Hari ini KDEBWM bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor berganding bahu menjayakan Hari Cuci Malaysia 2025 – Peringkat PBT Negeri Selangor, bersempena World Clean Up Day. 🌍✨

Sebagai rakan strategik utama, KDEBWM menggembleng sepenuh tenaga melalui sokongan logistik, jentera RORO & TWB, serta ratusan kakitangan dan krew pembersihan bagi memastikan kelancaran operasi di setiap daerah.

💚 Sorotan KDEBWM di PBT:
• MPAJ, Ampang Jaya: Riuh Pandan Merdeka dengan aktiviti plogging & reruai kitar semula.
• MBSJ, Subang Jaya: Booth promosi iClean Selangor di Hutan Bandar USJ 3C.
• MPKL, Kuala Langat: Pembersihan mega di Pantai Morib & Pasar Awam Sijangkang.
• MPKS, Kuala Selangor: Pembersihan di Santuari Kelip-Kelip Kg Kuantan.
• MBSA, Shah Alam: Program komuniti bertema “Shah Alam Bandar Kita, Rumah Kita”.
• MBDK, Klang: Tuan rumah majlis peringkat negeri di Padang Chetty.
• PBT lain: Sepang, Hulu Selangor, Kajang & Petaling Jaya turut melaksanakan program pembersihan mega bersama KDEBWM.

🙏 Terima kasih kepada semua PBT, agensi kerajaan, NGO & komuniti atas penglibatan aktif. Semangat #KitaSelangor membuktikan bahawa kebersihan adalah amanah dan tanggungjawab bersama demi Selangor Maju Bersama.